|
|
|
|
Aksara Sunda Kuno Tanggal 04 Dec 2014 oleh Desi Natalika . |
Aksara Sunda ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata yang digunakan oleh orang Sunda untuk menulis dalam bahasa Sunda. Tulisan ini merupakan keturunan tulisan Brahmi melalui tulisan Pallava. Tulisan ini muncul pada sekitar kurun ke-14 dan digunakan sehingga pada kurun ke-19 apabila abjad Rumidiperkenalkan sebagai sistem tulisan rasmi bagi bahasa Sunda.
Pada awalnya, iaitu pada sekitar kurun kelima hingga kelapan, tulisan Pallava digunakan di Jawa Barat untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. Kemudian, pada kurun ke-14, tulisan Sunda Kuno (Sunda Kuna) muncul. Tulisan ini digunakan oleh Kerajaan Sunda sehingga ke kurun ke-18. alam tempoh tersebut, beberapa sistem tulisan lain juga diperkenalkan, antaranya ialah tulisan Jawa yang digunakan pada kurun ke-17 sehingga kurun ke-19, dan tulisan Arab (Pegon?) yang digunakan pada kurun ke-17 sehingga pertengahan kurun ke-20. Bermula pada kurun ke-20, abjad Rumi digunakan sebagai sistem tulisan rasmi untuk bahasa Sunda.
Tulisan Sunda moden telah dipiawaikan pada tahun 1996 dan dinamakan Sunda Baku. Tulisan ini mempunyai sedikit perbezaan dengan Sunda Kuno.
Bukti penggunaan tulisan Sunda yang terawal ialah penemuan beberapa batu bersurat di Kawali, Jawa Barat.
Sumber : Tulisan_sunda
Gambus
Oleh
agus deden
| 21 Jun 2012.
Gambus Melayu Riau adalah salah satu jenis instrumental musik tradisional yang terdapat hampir di seluruh kawasan Melayu.Pergeseran nilai spiritual... |
Hukum Adat Suku...
Oleh
Riduwan Philly
| 23 Jan 2015.
Dalam upaya penyelamatan sumber daya alam di kabupaten Aceh Tenggara, Suku Alas memeliki beberapa aturan adat . Aturan-aturan tersebut terbagi dal... |
Fuu
Oleh
Sobat Budaya
| 25 Jun 2014.
Alat musik ini terbuat dari bambu. Fuu adalah alat musik tiup dari bahan kayu dan bambu yang digunakan sebagai alat bunyi untuk memanggil pend... |
Ukiran Gorga Si...
Oleh
hokky saavedra
| 09 Apr 2012.
Ukiran gorga "singa" sebagai ornamentasi tradisi kuno Batak merupakan penggambaran kepala singa yang terkait dengan mitologi batak sebagai... |